Nama:
Lokasi: kuala lumpur, selangor

Isnin, 20 April 2009

PENDOKUMENTASIAN



Setiap peringkat reka cipta perlu didokumentasikan.Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan perlu dipersembahkan sama ada secara bertulis atau bertaip
MENGUMPUL DAN MEREKODKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROJEK YANG DIBINA


Dokumentasikan merupakan laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan. Antara perkara yang diperlukan untuk pendokumentasikan ialah



1)Tajuk projek.Contoh:Rak pelbagai guna

2)Latar belakang.Contoh:
i.Pernyataan masalah:Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan
tidak sesuai.
ii.Produk sedia ada :Produk yang sedia ada tidak sesuai, kurang menarik,
dan penggunaan terhad.
iii
.Cadangan projek :Menyediakan satu rak pelbagai guna.

3)Objektif dan fungsi produk.Contoh:Menyimpan alat-alat dan kotak cakera
padat
4)Deskripsi produk.Contoh:
i.Bahan dan komponen.
*Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk
membuat produk dari segi jenis, kuantiti,dan kos.
ii.Jadual kerja.
*merekodkan segala aktiviti yang dijalankan semasa perbinaan projek secara
sistematik.
iii.Lukisan kerja.
*Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang
berkaitan dengan pembinaan.
iv.Pembinaan
*Menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.
*Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan
penyambungan
*Keputusan ujian perlu dilaporkan

5)Rujukan atau bibliografi.Contoh:
*Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses mereka
cipta

6)Lampiran.Contoh:

*Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam
bahagian yang lain sepertiu reka bentuk dan lain-lain





MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

Setelah projek dan pendokumentasian telah siap persembahan akan dibuat dihadapan kelas.tujuan persembahan adalah untuk:
*Menyatakan ciri-ciri sesuatu projek seperti fungsi, keistimewaan projek, dan lain-lain. *Merangkumi pengenalpasti masalah perancangan projek, pembinaan projek, dan sebagainya *Mendapat komen membina daripada kawan, guru,dan pihak lain *Akhir sekali dapat memperbaiki kualiti produk.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama