PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK
Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja.Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti,menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.
MENGUKUR,MENANDA, DAN MEMOTONG
Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur, pembaris keluli,dan sesiku L.Proses pengukuran mestilah tepat.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong, digerudi atau dalam proses membuat tanggam mengunakan alatan seperti pensel,tolak penanda, dan pisau penanda.
Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting. Pisau pula digunakan bagi bahan yang nipis seperti
MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK
Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru, dan meribet.bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat.
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT RAK KASUT
1)Pada bahagian tapak tanggam parit, tandakan bahagian yang hendak dipaku
2)Sapukan tanggam dengan glu dan cantumkan di kawasan yang telah diparitkan
3)Cantumkan bahagian penahan tepi rak penyokong
4)Cantumkan bahagian perspek dengan glu

5)pakukan disetiap kawasan yang telah diglukan tadi
6)Gunakan kreativiti sendiri supaya hasil terserlah
MEMERIKSA DAN MENGUJI SAMBUNGAN DAN PEMASANGAN
Pemeriksaan perlu dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan pada projek. Ini bertujuan supaya projek yang dibina kukuh dan berfungsi
MENGUJI DAN MENILAI PROJEK
Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian diperlukan perlulah dilakukan pada tahap ini.Tujuan pernilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti
MEMBUAT KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama