KEMAHIRAN REKA CIPTA

Nama:
Lokasi: kuala lumpur, selangor

Jumaat, 24 April 2009

RUMAH



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada semua pelawat laman web ini. Laman web ini berkenaan dengan cara mereka cipta sesuatu barang, keselamatan semasa mereka cipta dan sebagainya. Saya berharap semua p
elawat akan memperolehi ilmu dari laman web ini.

PENGENALAN


Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk yang baru atau pengubahsuai sesuatu produk supaya menpunyai nilai komersial yang lebih baik bagi memenuhi keperluan serta kehendak penguna. Selain itu,reka cipta juga mampu melahirkan seorang insan yang kreatif,inovatif dan inventif serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi.Sebelum mereka cipta sesuatu barang pebagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti masalah,mengumpul maklumat dan data,mengukur,menanda,dan banyak lagi.Anda menpelajari semua ini melalui arkib yang telah
disediakan

Khamis, 23 April 2009

MENGENALPASTIAN MASALAH DAN CARA MENYELESAIKAN

Mengenal pasti merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada.Pengenalpastian masalah mampu membantu seseorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra alam.Pemikiran kreatif dan inovatif hasil menyelesaian masalah adalah sesuatu yang sangat bagus.

MENGENAL PASTI MASALAH

Dalam proses reka cipta terdapat langkah asas yang perlu diikuti. Antara langkah yang utama ialah mengenal pa
sti masalah.


MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA BAGI MENGATASI MASALAH

Maklumat dan data boleh mengatasi m
asalah.Data merupakan maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah yang boleh diperoleh daripada katalog, lembaran spesifikasi, dan manual produk.Terdapat pelbagai cara untuk mendapat data dan maklumat.Antaranya adalah:

Pengalaman sendiri-Situasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang
paling sesuai untuk mengumpul data dan maklumat.
Pembacaan dan -Maklumat diperoleh
daripada bahan-bahan bacaan seperti
penyelidikan akhabar, buku, majalah
, jurnal, cakera padat,dan
sebagainya

Soal selidik -Mengedarkan kertas soal selidik yang berkaitan masalah
yang dihadapi untuk diisi oleh responden
Melayari Internet -Menggunakan komputer dan pembekal khidmat internet,
pengguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan
Lawatan -Melihat sendiri keadaa
n dan kawasan dimana maklumat
boleh diperoleh.Murid akan memperoleh pelbagai
maklumat seperti reka bentuk sesuatu
produk,
bahan-bahan yang digunakan,kebe
rkesanan produk, dan
banyak lagi
Bimbingan guru -Guru sebagai sumber
rujukan dan pembimbing untuk
memudahkan proses mendapat makluma
t, idea, dan
khidmat nasihat

MENGANALISIS MAKLUMAT

Setelah maklumat diperoleh dan dikumpulkan, kita perlu menganalisisnya untuk mendapatkan sesuatu rumusan.Maklumat yang relavan kepada penghasilan projek akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta dibuat perbandingan.Kita boleh memilih masalah yang hendak diselesaikan dahulu.Keputusan untuk memilih masalah yang hendak diselesaikan bergantung pada keadaan, keutamaan, kessesuaian, dan kepentingan kepada pengguna


MENYENARAI PELBAGAI IDEA PENYELESAIAN MASALAH

Idea terhadap penyelesaian
masalah boleh diperoleh melalui pebagai cara. Dalam hal ini,perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternatif untuk mereka cipta, keperluan dan teknik perbuatan , dan sebagainya.

CONTOH ALTERNATIF

PEMILIHAN IDEA




Pemilihan idea ialah proses di mana kita perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna.


MENILAI DAN MEMILIH IDEA YANG PALING SESUAI

Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti

i.Keupayaan kendiri dari segi fizikal
dan kemudahan sedia ada
ii.Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
iii.Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan kos yang
rendah dan tidak membebankan
iv.Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai
v.Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan pengguna

vi.Mesra alam

MELAKAR PROJEK

Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam tiga dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk menggambarkan bentuk dan saiz projek.Beberapa reka bentuk projek dalam lakaran tiga dimensi

Rabu, 22 April 2009

PEMILIHAN REKA BENTUK

Pemilihan reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti. Reka bentuk yang menarik dan sesuai mampu menjadikan produk berkenaan boleh bersaing di pasaran. Reka bentuk yang dipilih adalah berdasarkan lakaran-lakaran yang telah dibuat.


MENILAI DAN MEMILH KONSEP RAKA BENTUK

Untuk menghasilkan projek, kita perlu
memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria bentuk yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama,iaitu:

i.Fungsi-Projek yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan
ii.Rupa bentuk-Projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk
yang sesuai

iii.kesesuaian bahan-Menggunakan bahan yang sesuai dan mudah
diperoleh
iv.Kaedah binaan-Menggunakan kaedah
yang sesuai dan mudah
v.Ketahanan-Projek yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan
penggunaannya
vi.Kos-Kos pembinaan projek tidaklah terlalu tinggi
vii.Kemasan-Projekyang dibinaperlu mempunyai kemasan yang sesuai
dan menarik
viii.Keselamatan-Projek mestilah selamat
digunakan
ix.Nilai komersial-projek berpotensi untuk dipasarkan



MEMBUAT LUKISAN KERJA BERDASARKAN LUKISAN UNJURAN
ORTOGRAFIK

Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, langkah seterusnya ialah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja ini perlu dib
uat dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan yang berlainan,iaitu

i.Pelan
ii.Pandangan hadapan
iii.pandangan sisi

Lukisan kerja dan Lukisan unjuran ortografik

PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK

Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sistematik. Perancangan pembinaan projek juga dapat menjimatkan bahan, masa, dan kos.


BAHAN DAN KESESUAIANNYA

Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan projek. Bahan
yang dipilih juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan tersebut adalah:

i.Papan lapis v.Perspek
ii.Kayu vi.Maunting board
iii.kepingan logam vvi.Pelekat
iv.PVC viii.Medium Density
Fiberboard(MDF)



MEMILIH ALATAN

Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses:


i.Mengukur iv.Membentuk
ii.Menanda v.Mencantum
iii.Memotong vi.Kemasan



Proses

Alatan tangan yang digunakan

Mengukur dan menanda

Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong

Memotong

Gergaji tangan, gergaji putting, gergaji lengkung halus

Membentuk

Pahat tepi serong, kikir parut

Mencantum

Tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu

Kemasan

Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

MEMBUAT JADUAL KERJA DAN MENGIRA KOS PENGELUARAN


Jadual kerja disediakan untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetap

Contoh

Aktiviti/Minggu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Mengenal pasti masalah

/









Mengumpul maklumat dan data

/









Menjana idea, melakar, dan memilih projek


/








Perancangan dan pembinaan projek



/







Pemasangan, pengujian, dan pengubahsuaian




/

/

/

/



Dokumentasi

/

/

/

/

/

/

/

/


Persembahan









/

Selasa, 21 April 2009

PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK


Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja.Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti,menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.



MENGUKUR,MENANDA, DAN MEMOTONG

Proses mengukur perlu dilakukan berdasarka
n kertas projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur, pembaris keluli,dan sesiku L.Proses pengukuran mestilah tepat.

Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong, digerudi atau dalam proses membuat tanggam mengunakan alatan seperti pensel,tolak penanda, dan pisau penanda.

Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting. Pisau pula digunakan bagi bah
an yang nipis seperti mounting board


MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK

Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru, dan meribet.bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT RAK KASUT

1)Pada bahagian tapak tanggam parit, tandakan bahagian yang hendak dipaku
2)Sapukan tanggam dengan glu dan cantumkan di kawasan yang telah diparitkan
3)Cantumkan bahagian penahan tepi rak penyokong
4)Cantumkan bahagian perspek dengan glu

5)pakukan disetiap kawasan yang telah diglukan tadi
6)Gunakan kreativiti sendiri supaya h
asil terserlah





MEMERIKSA DAN MENGUJI SAMBUNGAN DAN PEMASANGAN

Pemeriksaan perlu dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan pada projek. Ini bertujuan supaya projek yang dibina kukuh dan berfungsi

MENGUJI DAN MENILAI PROJEK

Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian diperlukan perlulah dilakukan pada tah
ap ini.Tujuan pernilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti

MEMBUAT KEMASAN


Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat

Isnin, 20 April 2009

PENDOKUMENTASIAN



Setiap peringkat reka cipta perlu didokumentasikan.Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan perlu dipersembahkan sama ada secara bertulis atau bertaip
MENGUMPUL DAN MEREKODKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROJEK YANG DIBINA


Dokumentasikan merupakan laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan. Antara perkara yang diperlukan untuk pendokumentasikan ialah



1)Tajuk projek.Contoh:Rak pelbagai guna

2)Latar belakang.Contoh:
i.Pernyataan masalah:Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan
tidak sesuai.
ii.Produk sedia ada :Produk yang sedia ada tidak sesuai, kurang menarik,
dan penggunaan terhad.
iii
.Cadangan projek :Menyediakan satu rak pelbagai guna.

3)Objektif dan fungsi produk.Contoh:Menyimpan alat-alat dan kotak cakera
padat
4)Deskripsi produk.Contoh:
i.Bahan dan komponen.
*Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk
membuat produk dari segi jenis, kuantiti,dan kos.
ii.Jadual kerja.
*merekodkan segala aktiviti yang dijalankan semasa perbinaan projek secara
sistematik.
iii.Lukisan kerja.
*Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang
berkaitan dengan pembinaan.
iv.Pembinaan
*Menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.
*Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan
penyambungan
*Keputusan ujian perlu dilaporkan

5)Rujukan atau bibliografi.Contoh:
*Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses mereka
cipta

6)Lampiran.Contoh:

*Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam
bahagian yang lain sepertiu reka bentuk dan lain-lain





MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

Setelah projek dan pendokumentasian telah siap persembahan akan dibuat dihadapan kelas.tujuan persembahan adalah untuk:
*Menyatakan ciri-ciri sesuatu projek seperti fungsi, keistimewaan projek, dan lain-lain. *Merangkumi pengenalpasti masalah perancangan projek, pembinaan projek, dan sebagainya *Mendapat komen membina daripada kawan, guru,dan pihak lain *Akhir sekali dapat memperbaiki kualiti produk.