KEMAHIRAN REKA CIPTA
Jumaat, 24 April 2009
PENGENALAN
Reka cipta adalah penghasilan sesuatu produk yang baru atau pengubahsuai sesuatu produk supaya menpunyai nilai komersial yang lebih baik bagi memenuhi keperluan serta kehendak penguna. Selain itu,reka cipta juga mampu melahirkan seorang insan yang kreatif,inovatif dan inventif serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi.Sebelum mereka cipta sesuatu barang pebagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti masalah,mengumpul maklumat dan data,mengukur,menanda,dan banyak lagi.Anda menpelajari semua ini melalui arkib yang telah
disediakan
Khamis, 23 April 2009
MENGENALPASTIAN MASALAH DAN CARA MENYELESAIKAN
MENGENAL PASTI MASALAH
Dalam proses reka cipta terdapat langkah asas yang perlu diikuti. Antara langkah yang utama ialah mengenal pasti masalah.
MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA BAGI MENGATASI MASALAH
Maklumat dan data boleh mengatasi masalah.Data merupakan maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah yang boleh diperoleh daripada katalog, lembaran spesifikasi, dan manual produk.Terdapat pelbagai cara untuk mendapat data dan maklumat.Antaranya adalah:
Pengalaman sendiri-Situasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang
paling sesuai untuk mengumpul data dan maklumat.
Pembacaan dan -Maklumat diperoleh daripada bahan-bahan bacaan seperti
penyelidikan akhabar, buku, majalah, jurnal, cakera padat,dan
sebagainya
Soal selidik -Mengedarkan kertas soal selidik yang berkaitan masalah
yang dihadapi untuk diisi oleh responden
Melayari Internet -Menggunakan komputer dan pembekal khidmat internet,
pengguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan
Lawatan -Melihat sendiri keadaan dan kawasan dimana maklumat
boleh diperoleh.Murid akan memperoleh pelbagai
maklumat seperti reka bentuk sesuatu produk,
bahan-bahan yang digunakan,keberkesanan produk, dan
banyak lagi
Bimbingan guru -Guru sebagai sumber rujukan dan pembimbing untuk
memudahkan proses mendapat maklumat, idea, dan
khidmat nasihat
MENGANALISIS MAKLUMAT
Setelah maklumat diperoleh dan dikumpulkan, kita perlu menganalisisnya untuk mendapatkan sesuatu rumusan.Maklumat yang relavan kepada penghasilan projek akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta dibuat perbandingan.Kita boleh memilih masalah yang hendak diselesaikan dahulu.Keputusan untuk memilih masalah yang hendak diselesaikan bergantung pada keadaan, keutamaan, kessesuaian, dan kepentingan kepada pengguna
MENYENARAI PELBAGAI IDEA PENYELESAIAN MASALAH
Idea terhadap penyelesaian masalah boleh diperoleh melalui pebagai cara. Dalam hal ini,perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternatif untuk mereka cipta, keperluan dan teknik perbuatan , dan sebagainya.
CONTOH ALTERNATIF
PEMILIHAN IDEA
Pemilihan idea ialah proses di mana kita perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana idea yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang menarik minat pengguna.
MENILAI DAN MEMILIH IDEA YANG PALING SESUAI
Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting perlu diketahui seperti
i.Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada
ii.Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
iii.Bahan dan komponen yang sesuai,mudah didapati dengan kos yang
rendah dan tidak membebankan
iv.Cara pambuatan produk yang mudah dan sesuai
v.Kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan pengguna
vi.Mesra alam
Rabu, 22 April 2009
PEMILIHAN REKA BENTUK
MENILAI DAN MEMILH KONSEP RAKA BENTUK
Untuk menghasilkan projek, kita perlu memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria bentuk yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama,iaitu:
i.Fungsi-Projek yang dihasilkan akan berfungsi dengan berkesan
ii.Rupa bentuk-Projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk
yang sesuai
iii.kesesuaian bahan-Menggunakan bahan yang sesuai dan mudah
diperoleh
iv.Kaedah binaan-Menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah
v.Ketahanan-Projek yang hendak dihasilkan mempunyai ketahanan
penggunaannya
vi.Kos-Kos pembinaan projek tidaklah terlalu tinggi
vii.Kemasan-Projekyang dibinaperlu mempunyai kemasan yang sesuai
dan menarik
viii.Keselamatan-Projek mestilah selamat digunakan
ix.Nilai komersial-projek berpotensi untuk dipasarkan
MEMBUAT LUKISAN KERJA BERDASARKAN LUKISAN UNJURAN
ORTOGRAFIK
Setelah memilih lakaran yang paling sesuai, langkah seterusnya ialah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja ini perlu dibuat dalam bentuk lukisan ortografik. Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan pandangan yang berlainan,iaitu
i.Pelan
ii.Pandangan hadapan
iii.pandangan sisi
Lukisan kerja dan Lukisan unjuran ortografik
PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK
BAHAN DAN KESESUAIANNYA
Kesesuaian bahan dan alatan perlu dipertimbangkan ketika membuat perancangan pembinaan projek. Bahan yang dipilih juga perlu sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Penggunaan bahan perlu dikenal pasti sama ada bahan tersebut adalah:
i.Papan lapis v.Perspek
ii.Kayu vi.Maunting board
iii.kepingan logam vvi.Pelekat
iv.PVC viii.Medium Density
Fiberboard(MDF)
MEMILIH ALATAN
Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan. Teknik pembinaan adalah kerja-kerja yang melibatkan beberapa proses:
i.Mengukur iv.Membentuk
ii.Menanda v.Mencantum
iii.Memotong vi.Kemasan
Proses | Alatan tangan yang digunakan |
Mengukur dan menanda | Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong |
Memotong | Gergaji tangan, gergaji putting, gergaji lengkung halus |
Membentuk | Pahat tepi serong, kikir parut |
Mencantum | Tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu |
Kemasan | Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat |
MEMBUAT JADUAL KERJA DAN MENGIRA KOS PENGELUARAN
Jadual kerja disediakan untuk memastikan kerja yang dirancang disiapkan pada masa yang telah ditetap
Contoh
Aktiviti/Minggu | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
Mengenal pasti masalah | / | | | | | | | | |
Mengumpul maklumat dan data | / | | | | | | | | |
Menjana idea, melakar, dan memilih projek | | / | | | | | | | |
Perancangan dan pembinaan projek | | | / | | | | | | |
Pemasangan, pengujian, dan pengubahsuaian | | | | / | / | / | / | | |
Dokumentasi | / | / | / | / | / | / | / | / | |
Persembahan | | | | | | | | | / |
Selasa, 21 April 2009
PEMBINAAN, PENGUJIAN, DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK
Pembinaan projek perlu dilakukan berdasarkan lukisan kerja.Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti,menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.
MENGUKUR,MENANDA, DAN MEMOTONG
Proses mengukur perlu dilakukan berdasarkan kertas projek dan menggunakan alat pengukur seperti pita pengikur, pembaris keluli,dan sesiku L.Proses pengukuran mestilah tepat.
Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong, digerudi atau dalam proses membuat tanggam mengunakan alatan seperti pensel,tolak penanda, dan pisau penanda.
Alatan yang sesuai diperlukan dalam proses memotong bahan ialah gergaji tangan atau gergaji puting. Pisau pula digunakan bagi bahan yang nipis seperti mounting board
MEMBINA DAN MENCANTUM BAHAGIAN PROJEK
Proses membina dan mencantum melibatkan kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru, dan meribet.bahan dan alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan pembinaan yang akan dibuat.
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT RAK KASUT
1)Pada bahagian tapak tanggam parit, tandakan bahagian yang hendak dipaku
2)Sapukan tanggam dengan glu dan cantumkan di kawasan yang telah diparitkan
3)Cantumkan bahagian penahan tepi rak penyokong
4)Cantumkan bahagian perspek dengan glu
5)pakukan disetiap kawasan yang telah diglukan tadi
6)Gunakan kreativiti sendiri supaya hasil terserlah
MEMERIKSA DAN MENGUJI SAMBUNGAN DAN PEMASANGAN
Pemeriksaan perlu dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan pada projek. Ini bertujuan supaya projek yang dibina kukuh dan berfungsi
MENGUJI DAN MENILAI PROJEK
Pada peringkat ini projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh berfungsi sepenuhnya.Sebarang pengubahsuaian diperlukan perlulah dilakukan pada tahap ini.Tujuan pernilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti
MEMBUAT KEMASAN
Kemasan boleh dilakukan dengan memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek.Pelbagai pilihan kemasan boleh didapati seperti tepung penyumbat, syelek, lekar, cat, dan pelekat
Isnin, 20 April 2009
PENDOKUMENTASIAN
Setiap peringkat reka cipta perlu didokumentasikan.Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan perlu dipersembahkan sama ada secara bertulis atau bertaip
i.Pernyataan masalah:Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan
tidak sesuai.
ii.Produk sedia ada :Produk yang sedia ada tidak sesuai, kurang menarik,
dan penggunaan terhad.
iii.Cadangan projek :Menyediakan satu rak pelbagai guna.
3)Objektif dan fungsi produk.Contoh:Menyimpan alat-alat dan kotak cakera
padat
4)Deskripsi produk.Contoh:
i.Bahan dan komponen.
*Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk
membuat produk dari segi jenis, kuantiti,dan kos.
ii.Jadual kerja.
*merekodkan segala aktiviti yang dijalankan semasa perbinaan projek secara
sistematik.
iii.Lukisan kerja.
*Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang
berkaitan dengan pembinaan.
iv.Pembinaan
*Menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.
*Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan
penyambungan
*Keputusan ujian perlu dilaporkan
*Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses mereka
cipta
6)Lampiran.Contoh:
*Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam
bahagian yang lain sepertiu reka bentuk dan lain-lain
MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK
Setelah projek dan pendokumentasian telah siap persembahan akan dibuat dihadapan kelas.tujuan persembahan adalah untuk:
*Menyatakan ciri-ciri sesuatu projek seperti fungsi, keistimewaan projek, dan lain-lain. *Merangkumi pengenalpasti masalah perancangan projek, pembinaan projek, dan sebagainya *Mendapat komen membina daripada kawan, guru,dan pihak lain *Akhir sekali dapat memperbaiki kualiti produk.